ARTIKEL

Kevin Lau (dua kanan) semasa melakukan tinjauan kerja-kerja naik taraf jalan tersebut.

Jaga jangka hayat Jalan Nawar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kenderaan berat seperti lori tidak dibenarkan menggunakan Jalan Nawar di Sungai Sadit sebaik sahaja kerja naik taraf jalan itu selesai.

Pengerusi Cawangan SUPP Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan kerosakan berulang, selain menjaga jangka hayat jalan yang sedang dinaik taraf melalui peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

“Jalan ini sebelum ini mengalami kerosakan teruk akibat mendapan dan rekahan yang dipercayai berpunca daripada penggunaan berlebihan oleh lori-lori yang membawa muatan berat.

“Kami tidak mahu masalah sama berulang,” katanya selepas meninjau tapak projek bersamasama pemimpin komuniti dan wakil kontraktor, di sini kelmarin.

Menurut Kevin Lau, kerja-kerja awal penurapan batu kerikil sedang giat dijalankan ketika ini, dan pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Projek itu jelasnya, hasil permohonan beliau kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan mendapat sokongan padu Kapitan Chew Hoo Kiong yang turut memainkan peranan sebagai penghubung dengan penduduk.

Satu lagi projek infrastruktur di kawasan Bawang Assan iaitu kerja meninggikan Jalan Chieng Nang Cheong di Tanjung Kunyit berjaya disiapkan melalui inisiatif Kaunselor Justin Wong, juga dibiayai oleh Dana MARRIS.

Kevin Lau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan usaha menaik taraf kemudahan jalan di kawasan itu sambil menegaskan komitmen pihaknya untuk terus memperkukuh prasarana tempatan.

“Kami ingin memastikan jalan yang dibaiki kekal dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh penduduk tanpa gangguan lori berat,” tambah beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU