LUNDU: Peniaga bazar Ramadan diingatkan untuk menjual produk makanan yang berkualiti dan selamat serta tidak mengambil kesempatan terhadap pembeli.
Adun Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, para peniaga juga disarankan untuk sentiasa kebersihan jualan supaya keselamatan pembeli lebih terjamin.
“Peniaga disaran agar menjaga kebersihan dan kualiti jualan di bazar Ramadan Lundu, walaupun jualan dalam kuantiti yang sedikit.
“Jangan lah kita mengambil kesempatan daripada kesempitan hingga ada kuih karipap yang kosong dan tiada berinti dijual,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Lundu 2023 dan Pengagihan Bubur Kacang di Tapak Bazar Ramadan Lundu, Pekarangan SK Bumiputera, di sini, semalam.
“Selain itu, tahun ini juga kita kembali dapat mengadakan bazar dan kembali menyaksikan kemeriahan bulan yang mulia ini kerana dapat berjual secara bersemuka.
“Kali ini, ia disertai seramai 32 penjaja setelah dua tahun hanya mengadakan jualan secara dalam talian,” ujarnya.
Selepas itu, Azizul turut menghadiri program gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan di Town Square, Lundu.
Program kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Kampus Lundu, Kolej Sidma Sarawak dan Sedidik Sdn Bhd itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat sambil berkongsi rezeki.
Sebanyak 600 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai sekitar Pasar Lundu.
Hadir sama, Adun Opar Billy Sujang dan mantan Adun Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Jurulatih baharu Sarawak United FC
KUCHING: Presiden Sarawak United FC, Datuk Posa Majais memberi bayangan