ARTIKEL

Jaga nama baik profesion kejuruteraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING: Pengamal Perunding Kejuruteraan digesa untuk lebih komited dalam memberi perkhidmatan terbaik dan profesional kepada pelanggan serta orang awam di Sarawak.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pematuhan kod etika profesional seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Pendaftaran Jurutera 1990 perlu digalas setiap masa demi menjaga nama baik profesion kejuruteraan.

“Justeru, diharap Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) juga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam yang memerlukan khidmat mereka, antaranya berkenaan pendaftaran dan aduan,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian pada ucapan perasmian Pejabat Sekretariat Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) Sarawak di Wisma Saberkas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya Sarawak sentiasa mengalami proses urbanisasi dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan dari aspek infrastruktur, minyak dan gas dan lain-lain sektor.

“Antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Pesisir Pantai yang
sedang giat dilaksanakan. Semestinya sektor perkhidmatan kejuruteraan
terlibat secara langsung dengan pembangunan tersebut.

“Justeru jika dilihat fungsi BEM dalam mengawal selia profesion kejuruteraan, penubuhan pejabat Sekretariat BEM di Kuching ini sekali gus menandakan bahawa kepentingan orang awam sentiasa diberikan keutamaan, di sebalik kerancakan pembangunan tersebut,” jelasnya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Richard Tajan dan Presiden Lembaga Jurutera Malaysia Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU