ARTIKEL

Gerald bersama rombongan menyampaikan bantuan kepada penerima dalam misi kebajikan di Sri Aman. | FOTO: JAKKSA

JAKKSA, PKPSA santuni dua keluarga memerlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Beban dua keluarga yang menjaga ahli keluarga terlantar diringankan menerusi sumbangan katil khas dan barangan keperluan asas dalam misi kebajikan anjuran Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pengguna Sri Aman (PKPSA), semalam.

Menerusi program itu, setiap pesakit menerima sebuah katil khas bagi memudahkan urusan penjagaan harian di rumah.

Gerald bersama rombongan menyampaikan bantuan kepada penerima dalam misi kebajikan di Sri Aman. | FOTO: JAKKSA

Turut disumbangkan ialah lampin pakai buang dewasa, beg stoma dan bakul makanan mengikut keperluan penerima.

Penerima pertama ialah Tan Chen Pang, 88, yang menetap di Jalan Batang Lupar.

Anaknya, Tan Jaat Noi, menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas sumbangan yang disifatkannya amat bermakna dalam membantu keluarga menjaga bapanya.

Penerima kedua pula ialah seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) berusia 48 tahun yang terlantar dan tidak mampu bergerak di Rumah Musa, Kampung Sutong.

Misi kebajikan itu turut disertai Penghulu Tiong Chong Onn yang meninjau keadaan penerima serta bertanya khabar mengenai kebajikan penduduk.

Selain menyampaikan bantuan, pasukan penganjur yang turut dianggotai jururawat profesional memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada ahli keluarga mengenai kaedah penjagaan pesakit terlantar yang lebih selamat dan teratur.

Pengerusi JAKKSA, Gerald Empaling berkata, program itu mencerminkan kepentingan semangat kesukarelawanan dan kerjasama komuniti dalam membantu golongan memerlukan.

Beliau berkata, usaha kebajikan memerlukan sokongan pelbagai pihak, sama ada melalui sumbangan kewangan, barangan, tenaga mahupun masa.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan lebih ramai masyarakat menyertai aktiviti kesukarelawanan bagi memperluas usaha membantu golongan memerlukan di Sri Aman.

BERITA LAIN

Sumbangan guru melangkaui pencapaian akademik – Dr Sim

KUCHING: Kejayaan sekolah menengah persendirian Cina di Sarawak hari ini berakar daripada pengorbanan dan komitmen generasi terdahulu yang memperjuangkan pembangunan pendidikan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk

Abang Johari rasmi Masjid Al-Hidayah Kemuyang

SIBU: Masjid Al-Hidayah di Kemuyang bernilai RM20.49 juta kini siap sepenuhnya dan bakal menjadi pusat ibadah, pendidikan serta pembangunan komuniti Islam di kawasan berkenaan. Premier

BERITA TERBARU