ARTIKEL

Gerald (tiga kanan) menyerahkan sebuah TV pintar, pencetak dan rak buku kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Undop, Morris Abang Jenang, sambil disaksi yang lain.

JAKKSA sokong pendidikan luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA) terus menyokong pendidikan luar bandar menerusi sumbangan sebuah TV pintar, pencetak dan rak buku kepada SK Batu Lintang, Undop, semalam.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Pengerusi JAKKSA Gerald Empaling kepada pihak sekolah.

Rombongan JAKKSA disambut mesra Guru Besar Morris Abang Jenang bersama-sama barisan guru yang menzahirkan penghargaan atas keprihatinan tersebut.

Sumbangan itu dijangka memanfaatkan 62 murid sekolah berkenaan dengan akses yang lebih baik kepada sumber pembelajaran dan teknologi.

Gerald yang juga seorang peguam menegaskan bahawa teknologi kini bukan lagi kemewahan sebaliknya keperluan dalam pendidikan, terutama bagi murid luar bandar.

“Pendidikan asas masa depan yang lebih cerah buat anak-anak kita.

Teknologi bukan lagi kemewahan, tetapi alat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Kami berharap TV pintar, pencetak dan rak buku ini dapat membantu guru menyampaikan pelajaran dengan lebih berkesan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan produktif untuk 62 murid SK Batu Lintang,” katanya.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang yang adil untuk berjaya, sama ada di bandar atau di kampung. Kadangkala, sumbangan yang nampak kecil mampu membawa perubahan besar kepada pendidikan dan masa depan seorang anak,” tambahnya.

Gerald juga memuji dedikasi guru besar dan guru SK Batu Lintang yang terus mendidik anak bangsa walaupun berdepan pelbagai cabaran sekolah luar bandar.

Menurutnya, inisiatif kemasyarakatan JAKKSA bukan sekadar tertumpu kepada kesihatan dan kebajikan, malah turut merangkumi pendidikan dan pembangunan modal insan.

Justeru, beliau berharap JAKKSA dapat terus bekerjasama rapat dengan sekolah, masyarakat setempat dan pihak berkepentingan lain bagi mengenal pasti bidang yang memerlukan bantuan tambahan.

BERITA LAIN

Empat lokasi ekopelancongan Sarawak bakal dinaik taraf


KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan meneruskan kerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pembangunan sektor pelancongan, industri kreatif dan seni

BERITA TERBARU

Empat lokasi ekopelancongan Sarawak bakal dinaik taraf


KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan meneruskan kerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pembangunan sektor pelancongan, industri kreatif dan seni