ARTIKEL

Karim ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Pameran Mumia Mesir Purba pertama di Malaysia bakal dianjurkan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak bakal menganjurkan sebuah pameran antarabangsa bertaraf tinggi yang mendapat perhatian dunia iaitu Egyptian Mummies: Journey Towards Immortality.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pameran itu akan menampilkan 110 objek daripada koleksi Muzium Arkeologi Kebangsaan Florence, termasuk tinggalan manusia sebenar yang berusia lebih 5,000 tahun.

“Pameran ini merupakan pameran antarabangsa bergerak pertama yang berfokus pada Mesir Purba untuk dianjurkan di Malaysia,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Muzium Sarawak akan melancarkan pameran sementara selama tiga bulan bertajuk Donated Legacy: Building Collections, bermula November 2026.

Katanya pameran tersebut akan mengetengahkan 63 objek terpilih daripada koleksi Jabatan Muzium Sarawak dan diadakan serentak dengan Persidangan Warisan Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 24 November 2026 di Muzium Budaya Borneo.

Menurutnya ia sebagai sebahagian daripada inisiatif menghargai sumbangan dua jenis peralatan penggerudian daripada Sarawak Shell Berhad, Cawangan Miri pada suku kedua tahun ini, terdiri daripada sebuah kepala telaga dasar laut (Subsea Wellhead) dan satu set pemasangan peralatan penggerudian pelantar.

“Sumbangan ini memperlihatkan secara fizikal evolusi teknologi dalam industri minyak dan gas Sarawak selama lebih satu abad, sekali gus menghubungkan era perintis kegiatan minyak di darat pada 1910 di Telaga Minyak Miri No. 1 dengan legasi Miri sebagai tempat kelahiran industri petroleum Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Karim berkata Jabatan Muzium Sarawak dengan kerjasama French School of Asian Studies melaksanakan Projek Arkeologi Delta Sarawak di Sungai Jaong dan Bongkissam, Santubong.

Katanya projek tersebut menemukan beberapa tinggalan relau peleburan besi yang dianggarkan berasal dari pertengahan abad ke-11 hingga penghujung abad ke-12 dan abad ke-13 Masihi.

“Penemuan ini berkemungkinan mewakili relau peleburan besi terawal yang dilaporkan di Pulau Borneo dan bertarikh pada awal milenium kedua Masihi,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU