ARTIKEL

Jalan alternatif dekatkan jarak bandar Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan pautan jalan menghubungkan Nyelong By-Pass ke Kwong Ming-Minah dapat dijadikan jalan alternatif keluar masuk ke bandar Sarikei.

Datuk Sri Huang Tiong Sii (Repok-SUPP) semasa Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dun semalam berkata, kedua-dua jalan itu merupakan jalan kerap dilalui pengguna jalan raya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua jalan itu menghala ke laluan utama Jalan Repok kerana terdapat beberapa sekolah di situ.

“Saya berpendapat, cara terbaik ialah menghubungkan kedua-dua jalan dengan satu pautan sepanjang dua kilometer,” ujarnya.

Katanya, pembinaan pautan jalan itu dapat mengurangkan kesesakan penggunaan pada jalan utama.

Tiong Sii mencadangkan agar Jalan Nyelong By-Pass dinaik taraf kepada jalan dua hala bagi menampung peningkatan kadar penggunaan jalan.

“Apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap sepenuhnya nanti dijangka kadar penggunaan jalan melalui Jalan Nyelong By-Pass meningkat kenderaan berat,” tegasnya.

Selain itu katanya, beberapa kampung dalam lingkungan kawasan Empangan Gerugu di kawasan Dun Repok masih belum mempunyai bekalan air terawat dan menggunakan sumber air dari sungai atau tadahan air hujan.

Justeru beliau memohon Kementerian Utiliti untuk membina projek bekalan air terawat di Kawasan Sare (khususnya untuk Rumah Jambing, Rumah Nila, Rumah Endawi dan kawasan sekitarnya) dan Kawasan Ulu Sarikei (khususnya untuk Rumah Sami, Rumah Udol, Rumah Juing dan kawasan sekitarnya).

“Empangan Gerugu menjadi sumber bekalan air mentah ke Loji Perawatan Air Bayong adalah antara pusat tadahan air besar yang mampu membekalkan air terawat hampir ke seluruh kawasan wilayah tengah Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

Dapur rumah di awan biru

PETANG Ahad, saya terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching menggunakan pesawat milik kita rakyat Sarawak — AirBorneo. Selama ini, saya banyak menyunting pengalaman rakyat Sarawak

BERITA TERBARU