ARTIKEL

Jalan berliku YB Wong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan Adun Padungan Wong King Wei keluar parti menjadi testimoni kepada rakyat bahawa DAP gagal membawa perubahan dan transformasi di negara ini.

Ketua Wanita SUPP Kho Teck Wan berkata, beliau terkejut dengan tindakan nekad King Wei untuk melucutkan semua jawatan dan keahlian dalam DAP.

Katanya, semua janji PH gagal ditunaikan dan amalan pusingan U menjadi pengajaran untuk semua yang terlibat dalam dalam politik tanpa mengira pengiraan.

“Apa-apa juga kekecewaan dan ketidaksepakatan Wong dengan parti, saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia berkait rapat masalah dalaman parti DAP.

“Kita harus menghormati tindakannya meletak jawatan dan saya mendoakan yang terbaik kepada beliau pada masa hadapan,” kata Teck Wan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda SUPP Milton Foo yang dihubungi Suara Sarawak berkata, peletakan jawatan King Wei merupakan keputusan peribadi beliau.

“Menjadi ahli politik sepenuh masa yang dipilih oleh rakyat, masa dan usaha seharusnya diberikan kepada rakyat.

“Saya memahami beliau sukar untuk memilih kerjaya sebagai peguam dan ahli politik, apatah lagi dengan amanah yang diberikan kepada pengundi,” ujar Milton.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan