MIRI: Projek pembinaan jalan yang menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan di Baram dijangka bermula pada tahun 2025.
Perkara ini dimaklumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pelan laluan jalan tersebut sudah dipersetujui.
Jalan tersebut akan memendekkan perjalanan dari Miri ke Long Terawan kira-kira 30 minit.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina SUPP Parliamentary Miri-Sibuti Liaison Committee di Mega Hotel, Miri malam tadi.



