KUCHING: Rangkaian jalan raya berdaftar Sarawak berkembang daripada 32,241 kilometer pada Mei 2022 kepada 40,255 kilometer pada 2026.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkembangan itu sebahagian daripada kemajuan projek yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak, termasuk 278 projek bernilai RM34.96 bilion.
“Seratus projek bernilai RM11.30 bilion telah siap, 119 projek bernilai RM18.99 bilion kini dalam pembinaan dan 59 projek bernilai RM4.66 bilion berada di peringkat pra-kontrak,” katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini hari ini.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, kemajuan ini mencerminkan usaha kolektif Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan perhubungan dan ketersampaian jalan raya.



