ARTIKEL

Lawatan ke Projek Pembinaan Jalan Kampung Tegelam-Kampung Sungai Alit semalam.

Jalan RM24.5 juta siap, penduduk tiga kampung di Gedong nikmati perhubungan lebih baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Penduduk tiga kampung di Gedong kini menikmati kemudahan perhubungan yang lebih baik setelah projek pembinaan Jalan Kampung Tegelam-Kampung Sungai Alit sepanjang 8.708 kilometer bernilai RM24.5 juta siap sepenuhnya.

Projek berkenaan turut meningkatkan aksesibiliti kawasan luar bandar, selain memudahkan pergerakan penduduk antara Kampung Tegelam, Kampung Sungai Tegelam dan Kampung Sungai Alit.

Bermula pada 20 Januari 2023 dan selesai pada 2 November 2026, projek itu dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Kecil Pembangunan Infrastruktur Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

Tarikh siap asal projek berkenaan ialah 19 September 2024 sebelum disemak semula kepada 2 November 2026.

Projek itu melibatkan pembinaan jalan raya dua lorong dua hala sepanjang 8.708 kilometer merangkumi jalan utama sepanjang 5.523 kilometer mengikut piawaian JKR R2 dan jalan cabang sepanjang 3.185 kilometer mengikut piawaian JKR R1.

Pembinaan turut merangkumi laluan penghubung ke Kampung Sungai Alit dan Kampung Tegelam bagi meningkatkan hubungan antara kawasan penempatan berkenaan.

Skop kerja lain melibatkan pemasangan pembetung, pembinaan longkang, persimpangan jalan, perabot jalan raya dan penandaan jalan.

Jalan Kampung Tegelam-Kampung Sungai Alit bernilai RM24.5 juta siap sepenuhnya. (FOTO: UKAS)

Kerja rawatan tanah serta perlindungan cerun turut dilaksanakan bagi memastikan kestabilan struktur jalan dan keselamatan pengguna.

Susulan itu, penduduk setempat kini dapat menikmati kemudahan jalan raya yang lebih selesa dan selamat, sekali gus memudahkan urusan serta pergerakan harian mereka.

Sementara itu, satu lawatan ke tapak projek diadakan semalam untuk meninjau pelaksanaan dan keadaan fizikal jalan berkenaan.

Lawatan itu disertai Timbalan Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Jerina Gapor; wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan, Fabian Janting Paulus Dandee; Jurutera Perunding Kumpulan Satu Sdn. Bhd., Colin Ting Leong Hing; dan wakil kontraktor Borneo Assets Sdn. Bhd., Jeffery Dickson Sandom.

Pelaksanaan projek itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar, khususnya dalam menyediakan kemudahan perhubungan yang lebih baik kepada penduduk.

Pada masa yang sama, kemudahan berkenaan diharap dapat menyokong perkembangan sosioekonomi masyarakat setempat serta meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan Gedong

BERITA LAIN

Sistem integriti Perkhidmatan Awam Sarawak jadi model dunia

KUCHING: Sistem integriti Perkhidmatan Awam Sarawak mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) menyifatkannya sebagai model yang boleh dicontohi dunia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi

BERITA TERBARU

Sistem integriti Perkhidmatan Awam Sarawak jadi model dunia

KUCHING: Sistem integriti Perkhidmatan Awam Sarawak mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) menyifatkannya sebagai model yang boleh dicontohi dunia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi