ARTIKEL

Lokasi Penutupan Jalan Sempena Festival Muzik Kuching.

Jalan Sekitar Padang Merdeka Ditutup Sempena Festival Muzik Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena penganjuran Festival Muzik Kuching 2026 di Padang Merdeka pada 16 dan 17 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penutupan jalan bermula dari 7 malam hingga 12 tengah malam tersebut adalah untuk melancarkan perjalanan program serta pergerakan aliran trafik.

Menurutnya, lokasi terlibat termasuk susur dan lampu isyarat RTM, lampu isyarat Jalan Pearl, simpang Jalan Wawasan dari Lebuh Wayang, Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Jalan Barrack, Jalan Barrack menghala ke Jalan Pearl serta Jalan Gambier menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan selain dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU