ARTIKEL

Jalan Tingkas Sebakong, Mukah terputus akibat banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Jalan Tingkas Sebakong di sini terputus akibat banjir hari ini, mengakibatkan laluan sejauh 1.5 kilometer dari jalan utama itu tidak dapat dilalui kenderaan.

Menurut Ketua APM Daerah Mukah Kapten (PA) Zuriza Sharkawi, banjir dipercayai disebabkan keadaan air pasang yang berlaku di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun keadaan di lokasi masih dalam keadaan selamat namun penduduk diingatkan untuk terus berwaspada kerana air pasang mula berlaku,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Selain itu, Zuriza berkata Rumah Ajah Sebakong turut terjejas oleh air pasang yang berlaku dengan kedalaman satu meter.

 

“Masalah sistem perparitan dan air pasang menyebabkan banjir namun setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka,” katanya.

Sementara setakat tengah hari tadi, beberapa kawasan di Daerah Matu turut mengalami banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu Lt (PA) Jumaat Akasas berkata kawasan terjejas ialah Kampung Bertong, Kampung Jemoreng, Kampung Sekaan Kechil, Kampung Sekaan Besar termasuk Pekan Matu.

“Paras air di semua kawasan terjejas banjir kini berada dalam keadaan mendatar, namun hujan berlaku,” katanya.

Hasil pemantauan pihaknya turut mendapati jalan utama penghubung antara kampung bagi kawasan Jemoreng dan Bawang masih ditengelami air.

“Namun kenderaan ringan boleh melalui laluan ini. Penduduk dinasihatkan untuk terus berwaspada dengan keadaan semasa yang berlaku,” katanya.

Berdasarkan laporan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat tahap waspada diramal berterusan berlaku di zon tengah dan utara Sarawak sehingga esok melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

 

Keadaan banjir di kawasan Sebakong Mukah.

PARAS AIR MENAIK … Pemantaun banjir oleh APM Matu mendapati beberapa kawasan di Matu mengalami banjir.

BERITA LAIN

Jangan tunggu sakit, amalkan gaya hidup aktif

ASAJAYA: Masyarakat digesa menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Timbalan Menteri

46,000 penduduk Samarahan sertai Hari Sukan Negara

ASAJAYA: Hampir 46,000 penduduk Bahagian Samarahan menyertai pelbagai aktiviti sempena Hari Sukan Negara, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap usaha membudayakan gaya hidup aktif. Timbalan Menteri Kemajuan

BERITA TERBARU

Jangan tunggu sakit, amalkan gaya hidup aktif

ASAJAYA: Masyarakat digesa menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Timbalan Menteri