ARTIKEL

Awang Tengah merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain selepas menyempurnakan upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi. - Foto: Ramidi Subari

Jalin kerjasama dengan pengusaha hotel dan pelancongan, promosikan upacara naik Bendera Ibu Pertiwi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama dengan pihak berkepentingan, khususnya pengusaha hotel dan penyedia perkhidmatan pelancongan, perlu dilaksanakan untuk mempromosikan upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi.

Awang Tengah (lima kiri) bersama tetamu kehormat lain menyaksikan upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi, yang diiringi dengan lagu ‘Ibu Pertiwiku’. – Foto: Ramidi Subari

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata upacara itu bukan sahaja dapat meningkatkan semangat patriotik tetapi juga satu kebanggaan bagi Sarawak.

Katanya, kepelbagaian yang ada di negeri ini mampu menarik minat pelancong seperti persembahan tarian semalam yang melibatkan suku kaum dari Utara Sarawak, seperti Kedayan, Bisaya, Tagal dan Lun Bawang.

“Justeru, saya ingin melihat supaya upacara ini diadakan dengan kerjasama pihak berkepentingan yang ada.

“Mungkin dengan hotel, supaya pelanggan yang menginap tahu tentang upacara ini.

“Jadual upacara ini juga perlu ditetapkan seperti upacara pertukaran pengawal atau ‘Change of Guards’ di Istana Buckingham, London, yang menjadi tarikan pelancong setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi di sini pada pagi tadi.

Sementara itu, Upacara tersebut pada kali ini diserikan dengan persembahan khas tarian etnik Kedayan, Lun Bawang, Bisaya dan Tagal serta seni silat.

Selain itu, tarian tradisional, muzik etnik, dan persembahan seni ini juga mencerminkan kepelbagaian budaya di Sarawak, sekali gus menggambarkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi diadakan setiap bulan sebagai tanda hormat terhadap lambang kedaulatan Sarawak.

Tiang Bendera Ibu Pertiwi turut melakar sejarah selepas ia dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara, dengan ketinggian 99.4 meter.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.