ARTIKEL

Jam poket penumpang ‘Titanic’ dijual £1.17 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Sebuah jam poket emas yang ditemui pada mayat penumpang terkaya dalam kapal Titanic telah dilelong di England pada harga £1.17 juta (RM6.86 juta) pada Sabtu.

Ia adalah harga jualan yang memecahkan rekod bagi objek yang dikaitkan dengan bencana perkapalan 1912 yang terkenal itu, kata pelelong Henry Aldridge & Son.

Seorang pembeli dari Amerika Syarikat (AS) memenangi bidaan itu untuk memecahkan anggaran prajualan pelelong sekitar £100,000 dan £150,000.

Jam poket itu, yang diukir dengan huruf awalan JJA, adalah milik tokoh perniagaan terkenal AS, John Jacob Astor.

Astor berusia 47 tahun ketika beliau meninggal dunia dalam insiden karam kapal Titanic pada awal pagi 15 April 1912.

Beliau terkenal sebagai salah seorang lelaki terkaya di dunia pada masa itu.

Menurut laporan, Astor meninggal dunia selepas beliau membantu isterinya, Madeleine, menaiki salah satu bot penyelamat.

Isterinya terselamat daripada bencana itu.

Mayat Astor ditemukan seminggu selepas bencana itu, dengan jam tangan tersebut antara barangan peribadinya.

“Jam tangan itu sendiri dibaik pulih sepenuhnya selepas dipulangkan kepada keluarga Astor dan dipakai oleh anaknya,” kenyataan dari rumah lelongan berkenaan memaklumkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum