ARTIKEL

Jambatan Bailey akan dibina untuk gantikan jambatan Sungai Musah yang runtuh – Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT:  Sebuah jambatan Bailey akan dibina sebagai langkah sementara bagi menggantikan Jambatan Sungai Musah di Jalan Tekalit-Musah kira-kira 26km dari bazar pekan Song yang runtuh pada 21 Sept lepas, khususnya bagi kemudahan penduduk di Ulu Katibas dekat sini yang terputus hubungan jalan darat akibat runtuhan jambatan itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata RM4.8 juta akan diperuntukkan bagi menanggung kos pembangunan jambatan itu, selain pelbagai kos untuk menyediakan kemudahan buat orang ramai menyeberang Sungai Musah setiap hari, sementara menantikan jambatan berkenaan siap.

“Mereka (Jabatan Kerja Raya) menyasarkan jambatan Bailey boleh disiapkan dalam tempoh sebulan, dan saya yakin mereka boleh melakukannya dalam tempoh masa itu,” kata Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat Jambatan Sungai Musah yang runtuh, selepas mendengar taklimat oleh pegawai Jabatan Kerja Raya Sarawak mengenai kejadian itu.

Katanya seorang perunding telah dilantik untuk mengkaji punca jambatan itu runtuh dan kerajaan akan memutuskan tindakan seterusnya selepas kajian itu disiapkan.

Uggah seterusnya memberi jaminan bahawa keselamatan semua jambatan di Sarawak sentiasa menjadi keutamaan, dengan setiap jambatan sering diperiksa dan dipantau dengan baik oleh pihak berkuasa.

“Malang sekali apabila kejadian di Jambatan Sungai Musah ini berlaku, dan kita mohon maaf kepada semua penduduk di sini atas segala kesulitan yang timbul akibat kejadian,” katanya.

Beliau berkata Jambatan Sungai Musah yang berharga RM55 juta itu dibina pada 27 Mei 2011 dan siap pada 18 Fb 2014.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian runtuhan jambatan sepanjang 166 meter itu pada pukul 9.30 malam 21 Sept lepas.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu