ARTIKEL

Juanda merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas meninjau keadaan jambatan tersebut.

Jambatan Batang Igan Bukti Perjuangan Pemimpin Terdahulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IGAN: Jambatan Batang Igan menjadi bukti perjuangan pemimpin terdahulu untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat.

Juanda (lima kanan) merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Igan, hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ia bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Tan Sri Adenan Satem.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin terdahulu tersebut banyak mendorong serta memperjuangkan hasrat penduduk di kawasan ini bagi memastikan projeknya dapat direalisasikan.

“Hari ini detik bersejarah bagi penduduk sekitar Igan dan Matu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Igan, di sini, hari ini.

Juanda menyampaikan cenderamata kepada Uggah selepas majlis tersebut.

Juanda yang juga ADUN Jemoreng turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Terima kasih Kerajaan Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, kontraktor dan semua pihak yang terlibat,” tambahnya.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU