ARTIKEL

LAWATAN TAPAK... Dr Cassidy meninjau perkembangan kerja di tapak pembinaan, semalam.

Jambatan Batang Lupar Dua bakal jadi jambatan kabel tertinggi di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Jambatan Batang Lupar Dua bakal menjadi jambatan kabel (cable-stayed bridge) tertinggi di Malaysia apabila siap kelak.

SIAP TAHUN DEPAN… Jambatan Batang Lupar Dua yang kini rancak dibina merentasi Sungai Batang Lupar.

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr Ir. Cassidy Morris, jambatan yang dibina merentasi Sungai Batang Lupar itu bukan sahaja akan menjadi mercu tanda baharu Sarawak, malah akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaringan pengangkutan di zon tengah negeri ini.

“Dengan ketinggian 145.5 meter, bersamaan bangunan setinggi 45 tingkat, dan panjang 870 meter, jambatan ini akan mencatat rekod sebagai jambatan kabel tertinggi di negara ini.

“Lebih penting, ia akan menjadi penghubung utama antara Jalan Pesisir dan Lebuh Raya Pan Borneo, sekali gus menyambungkan bandar Sri Aman dengan pekan Betong,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, hari ini.

Jelas beliau, projek itu dijangka siap pada suku pertama tahun 2026 dan bakal mempercepat serta mempermudah pergerakan rakyat, selain memberi impak besar kepada kemajuan ekonomi setempat.

“Semasa lawatan rasmi saya ke tapak pembinaan pada Selasa, dimaklumkan bahawa jajaran jalan sepanjang 21 kilometer turut dibina sebagai sebahagian daripada projek ini.

“Ia merangkumi 3.2 kilometer jalan ke bandar Sri Aman dan 3.8 kilometer jalan ke pekan Betong, menjadikannya sebahagian daripada laluan strategik Jalan Utama Kedua,” katanya.

Tambahnya lagi, apabila projek ini siap, jarak perjalanan antara Sri Aman dan Betong akan berkurang daripada 71 kilometer kepada hanya 28 kilometer, manakala masa perjalanan akan dipendekkan daripada satu jam kepada 30 minit sahaja.

Dr Cassidy turut menzahirkan komitmen pihaknya untuk memastikan projek tersebut disiapkan mengikut jadual, dengan penekanan terhadap aspek keselamatan dan kualiti demi manfaat jangka panjang kepada rakyat serta pembangunan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU