KUCHING: Dua lagi projek jambatan di Sarawak, iaitu Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Lupar 2, dijangka dibuka kepada pengguna pada penghujung Oktober ini.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jambatan Rambungan pula disasarkan siap menjelang akhir tahun ini, dengan usaha mempercepat pembinaannya supaya dapat disiapkan seawal hujung November.
“Batang Paloh pada penghujung Oktober. Batang Lupar 2 juga penghujung Oktober, manakala Rambungan pada penghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas prapembukaan Jambatan Sejingkat kepada orang awam, hari ini.
Menurut Uggah, kemajuan projek-projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri melaksanakan perancangan pembinaan 21 jambatan mega di seluruh Sarawak.
Jelasnya, setakat ini 12 jambatan mega telah siap, manakala empat lagi dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Tambah beliau, baki projek pula dijadualkan disiapkan tahun depan.
Kata Uggah, pembangunan jambatan turut dilengkapi pembinaan jalan utama dan jalan pesisir bagi memastikan lebih banyak kawasan penempatan dapat dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan negeri.
“Usaha ini akan diteruskan bersama peningkatan jalan pembalakan lama di kawasan pedalaman bagi melengkapkan hubungan ke kawasan yang


