ARTIKEL

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri.

Bagi penduduk, pembinaan jambatan itu bukan sekadar menyediakan laluan baharu, malah bakal mengubah rutin perjalanan harian yang sebelum ini menyaksikan mereka terpaksa menunggu feri, terutama ketika musim perayaan.

Selain memudahkan pergerakan, kemudahan berkenaan turut diharap merancakkan pembangunan setempat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Berikut pandangan orang awam mengenai pembinaan Jambatan Batang Paloh:

Jahari Masani

“Apabila Jambatan Batang Paloh siap, penduduk tidak perlu lagi beratur panjang untuk menaiki feri, terutama ketika musim perayaan. Sebelum ini, kami pernah menunggu sehingga enam jam.

“Selepas ini, urusan berulang-alik ke Sibu, termasuk menghantar hasil laut dan anak-anak yang bersekolah di sana, tentunya menjadi lebih mudah.”

Hanim Ali

“Dengan siapnya jambatan ini, saya berharap pembangunan di kawasan ini dapat dirancakkan lagi dan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam meningkatkan taraf hidup mereka.”

Lau Sie Hoe

“Apabila jambatan siap, urusan penduduk kampung akan lebih mudah kerana tidak perlu lagi menaiki feri. Sebelum ini, kami pernah menunggu sehingga sejam untuk ke seberang.

“Selepas ini, perjalanan tentunya lebih mudah. Terima kasih kepada Premier Sarawak kerana memudahkan urusan penduduk luar bandar. Diharapkan kemudahan ini turut meningkatkan taraf hidup penduduk.”

Mornurazli Morshidi

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas pembinaan jambatan ini kerana banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

“Saya sendiri pernah terkandas bersama anak yang masih kecil pada 2000 dan terpaksa menunggu feri sehingga keesokan harinya.

“Saya berharap selepas jambatan ini siap, urusan ke hospital dan urusan kerajaan menjadi lebih mudah serta tiada lagi penduduk terkandas ketika memerlukan rawatan.”

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU