ARTIKEL

Jambatan Paloh siap hujung 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata, projek pembinaan Jambatan Batang Paloh dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan merupakan nadi penghubung penting yang amat diperlukan rakyat.


Menurutnya, kewujudan prasarana ini memudahkan penduduk yang sebahagian besarnya masyarakat tani dan nelayan memasarkan produk masing-masing ke kawasan bandar.

Sehubungan itu, beliau menggesa kontraktor, konsultan, dan pihak yang terlibat dalam pembinaan projek berkenaan agar sentiasa melakukan pemantuan bagi memastikan ia tidak berdepan masalah kelewatan.

“Projek ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh seluruh penduduk di kawasan Tanjong Manis.

Malah, ia merupakan nadi penting yang bakal mengubah landskap pembangunan di kawasan tersebut,” katanya ketika menghadiri pertandingan memancing di Kampung Penibong Pulau Bruit, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berharap, seluruh masyarakat tani Pulau Bruit bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang dan kemudahan yang disediakan itu nanti.

Tambahnya, kerajaan juga berhasrat memperkasakan sektor pertanian dan perikanan di Delta Rajang dengan menyediakan pelbagai prasarana bagi memudahkan pengeluarannya.
“Pulau Bruit sebenarnya mempunyai potensi untuk membekalkan produk makanan bagi membangunkan industri keselamatan makanan.

“Sehubungan itu, Jambatan Batang Paloh merupakan sebahagian usaha penting yang mampu merealisasikan hasrat tersebut apatah lagi dengan peranannya sebagai pelengkap perhubungan rakyat di kawasan pesisir,” katanya.

Yusuf juga berharap penduduk bersedia menerima transformasi pembangunan yang bakal dilaksanakan dengan tidak hanya menjadi penonton sebaliknya merebut peluang itu untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU