ARTIKEL

Pembinaan separuh pertama struktur jambatan penghubung pejalan kaki bagi stesen SM03 ART. Foto Sarawak Metro

Jambatan pejalan kaki stesen ART dibina secara berperingkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan struktur jambatan penghubung pejalan kaki bagi Stesen SM03 Transit Aliran Autonomi (ART) bakal berfungsi sebagai titik perhubungan penting yang menghubungkan Kota Samarahan dengan Kuching.

Sarawak Metro berkata separuh pertama struktur jambatan penghubung pejalan kaki bagi Stesen SM03 ART di Kota Samarahan telah berjaya dipasang baru-baru ini.

“Pemasangan separuh kedua struktur jambatan penghubung tersebut akan dilaksanakan dalam beberapa hari akan datang.

“Sepanjang fasa pembinaan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna jalan raya atas kesabaran dan pemahaman mereka ketika kami berusaha menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampan dan cekap untuk masyarakat Kuching,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Sarawak Metro, stesen yang terletak berhampiran bangunan pejabat SALCRA dan dikelilingi kawasan perumahan akan menghubungkan Kota Samarahan dengan Kuching.

Pembinaan separuh pertama struktur jambatan penghubung pejalan kaki bagi stesen SM03 ART. Foto Sarawak Metro
Pembinaan separuh pertama struktur jambatan penghubung pejalan kaki bagi stesen SM03 ART. Foto Sarawak Metro
Pembinaan separuh pertama struktur jambatan penghubung pejalan kaki bagi stesen SM03 ART. Foto Sarawak Metro

BERITA LAIN

BERITA TERBARU