ARTIKEL

Jambatan Sejingkat ditutup tiga jam esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengguna jalan raya yang merancang perjalanan melalui Jambatan Sejingkat esok dinasihatkan supaya mengatur perjalanan lebih awal berikutan penutupan sementara jambatan itu selama tiga jam sempena majlis perasmiannya.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan sepenuhnya itu akan berkuat kuasa pada 20 November, bermula 8 malam hingga 11 malam.

Penutupan berkenaan turut melibatkan semua laluan keluar masuk menuju ke jambatan itu dari arah Jalan Demak dan Tanjung Bako.

Langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran Majlis Perasmian Jambatan Sejingkat yang akan disempurnakan oleh Premier Sarawak.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang terjejas diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan serta kelewatan perjalanan sepanjang tempoh penutupan.

JKR Sarawak turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi papan tanda lalu lintas, arahan petugas trafik dan semua langkah keselamatan yang ditetapkan.

Kerjasama pengguna jalan raya amat diperlukan bagi memastikan pengurusan trafik di kawasan berkenaan berjalan lancar dan teratur sepanjang majlis berlangsung.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pengurusan trafik boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Kuching menerusi talian 082-203414.

BERITA LAIN

Bintulu Port komited sokong kecemerlangan pendidikan

BINTULU: Sokongan berterusan untuk sektor pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dalam melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan berdaya saing yang

BERITA TERBARU

Bintulu Port komited sokong kecemerlangan pendidikan

BINTULU: Sokongan berterusan untuk sektor pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dalam melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan berdaya saing yang