ARTIKEL

SACOFA perkukuh prasarana digital pacu pembangunan Bandar Pintar Kenyalang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Aspirasi menjadikan Miri sebagai hab digital strategik di utara Sarawak terus diperkukuh menerusi kerjasama SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) dengan Imasa Dinasti Sdn Bhd (Imasa) bagi menyediakan prasarana telekomunikasi berkapasiti tinggi untuk pembangunan Bandar Pintar Kenyalang (KSC).

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan kesalinghubungan digital yang boleh dipercayai dan mampu dikembangkan mengikut keperluan teknologi masa hadapan, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) Kerajaan Sarawak.

SACOFA yang berperanan sebagai rakan strategik utama dalam penyediaan infrastruktur telekomunikasi dan rangkaian penghubung akan meneroka pelbagai penyelesaian digital bersama Imasa selaku pemaju induk Bandar Pintar Kenyalang.

Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang penyerahan simboliknya disaksikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis berkenaan berlangsung bersempena upacara rasmi Pusat Sehenti Pameran dan Konvensyen Kenyalang (KCEC One) serta majlis pecah tanah Taman Tema Air Borneo Adventure, di sini, hari ini.

Menerusi kerjasama itu, SACOFA dan Imasa akan meneroka penyelesaian termasuk rangkaian gentian optik berkapasiti tinggi, infrastruktur 5G, seni bina rangkaian gentian optik menyeluruh, kemudahan kesalinghubungan untuk sektor perusahaan serta teknologi Internet Benda (IoT).

Kerjasama itu turut merangkumi penyediaan rangkaian sokongan dan sandaran serta fungsi pemulihan bencana bagi meningkatkan daya tahan infrastruktur dan memastikan kesinambungan perkhidmatan digital.

Kemudahan berkenaan dijangka menyokong pelaksanaan aplikasi bandar pintar dan pelbagai perkhidmatan digital meliputi sektor perumahan, komersial, hospitaliti, penjagaan kesihatan serta institusi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bintulu Port komited sokong kecemerlangan pendidikan

BINTULU: Sokongan berterusan untuk sektor pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dalam melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan berdaya saing yang