ARTIKEL

BERCAKAP... Uggah (tengah) bercakap ketika ditemui pemberita semasa lawatan ke tapak projek Jambatan Sejingkat.

Jambatan Sejingkat kini mencapai lebih 50 peratus siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jambatan Sejingkat yang dijadual siap pada Mac 2026 kini telah mencapai lebih 50 peratus kemajuan.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, secara keseluruhan projek tersebut tidak menghadapi sebarang masalah dan berjalan mengikut jadual.

KUKUH… Suasana di sekitar kawasan projek.

“Hasil perbincangan dengan pihak kontraktor, gerak kerja projek berada pada tahap memuaskan mengikut jadual ditetapkan, selain semua bahan projek juga tidak mengalami sebarang masalah.

“Sehingga kini, projek telah mencapai 54.77 peratus, iaitu peningkatan kira-kira tiga peratus daripada jumlah asal persiapan mengikut jadual,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek tersebut, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan gerak kerja berjalan mengikut jadual.

Dalam perkembangan sama, Uggah menegaskan pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan telah dikerah untuk memastikan kerja dilaksanakan mengikut pelan jadual yang telah ditetapkan.

“Kita komited untuk melakukan pemantauan terhadap projek ini supaya ia dilaksanakan seiring dengan objektif,” tegasnya.

Untuk rekod, Jambatan Sejingkat sepanjang 1.28 kilometer dan berketinggian 26 meter itu menelan kos RM360 juta.

Jambatan tersebut akan menjadi penghubung Sejingkat ke Tanjung Bako, sekali gus memendekkan jarak perjalanan penduduk dari Samarahan ke Kuching serta menjadi jalan alternatif kepada penduduk di kawasan berdekatan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi