ARTIKEL

Aidel ketika ditemui pemberita media di tapak Projek Jambatan Sungai Limbang Kedua, semalam. Foto: UKAS

Jambatan Sungai Limbang capai 90 peratus, dijangka siap hujung tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Projek Jambatan Sungai Limbang kini mencapai kemajuan kira-kira 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata pembinaan jambatan berkenaan kini hanya berbaki kira-kira 24 meter sebelum struktur utama dapat disambungkan sepenuhnya.

“Jambatan Sungai Limbang seperti yang kita lihat sekarang sudah mula terbentuk dan hanya tinggal sedikit lagi untuk disiapkan.

“Ketika ini, kemajuannya telah mencapai sekitar 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui media di tapak Projek Jambatan Sungai Limbang Kedua, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, selepas struktur jambatan disambungkan, kerja pembinaan jalan di bahagian seberang turut dilaksanakan bagi melengkapkan keseluruhan projek berkenaan.

Jelasnya, jambatan sepanjang 229 meter itu merupakan antara projek utama yang melengkapkan rangkaian perhubungan jalan di Sarawak, selain Jambatan Saribas 2, Jambatan Batang Rambungan dan Jambatan Batang Sejingkat.

Jambatan Sungai Limbang yang kini mencapai kemajuan kira-kira 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini. Foto: UKAS

Sehubungan itu, Aidel berkata, cadangan pembangunan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) melibatkan pembinaan jalan dua lorong berkembar yang akan bersambung dengan Jambatan Sungai Limbang serta laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (SSLR) 2 menuju ke Merapok dan Marudi.
Ujarnya, cadangan berkenaan masih pada peringkat awal dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan pembangunan rangkaian jalan raya di kawasan utara Sarawak.

Dalam pada itu, menyentuh projek jalan dari Ulu Tubai ke Mentawai, beliau berkata projek itu tidak dibatalkan sepenuhnya, sebaliknya diasingkan berikutan pertindihan laluan dengan projek utama SSLR 2 yang kini diberi keutamaan.

“Projek berkenaan masih dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan memerlukan kajian lanjut berikutan kekangan laluan yang melibatkan Taman Negara Gunung Buda serta kawasan tadahan air.

“Selain itu, kemungkinan peningkatan kos pembinaan juga perlu diteliti sebelum pelaksanaan projek berkenaan dapat dimuktamadkan,” tambahnya.

RAKAM KENANGAN… Aidel merakam kenangan bersama yang lain dalam lawatan tersebut. Foto: UKAS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU