ARTIKEL

Jangan Abai Kepentingan Topi Keledar Demi Keselamatan Diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Sikap memandang ringan kepentingan memakai topi keledar yang berkualiti dan dipakai dengan cara yang betul terus menjadi antara faktor utama menyumbang kepada kemalangan jalan raya, khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali mengabaikan pemakaian topi keledar kerana ia mampu mengurangkan risiko kecederaan serius dan kehilangan nyawa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norijan Jili, berkata statistik menunjukkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri, selain kegagalan memakai topi keledar yang memenuhi piawaian keselamatan.

“Rujukan dalam kajian turut menunjukkan kira-kira 60 hingga 80 peratus insiden berkaitan mempunyai kaitan dengan faktor kelalaian dan tahap pematuhan keselamatan yang rendah.

“Ramai penunggang masih mengambil mudah aspek keselamatan dengan tidak memakai topi keledar atau menggunakan topi keledar yang tidak sesuai ketika menunggang motosikal, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan parah sekiranya berlaku kemalangan,” katanya pada Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) Kelas B2 Anjuran Parlimen Julau, di Stadium Tertutup Julau, semalam.

Beliau menegaskan, pemakaian topi keledar bukan sekadar memenuhi tuntutan undang-undang, malah merupakan langkah perlindungan paling asas yang boleh menyelamatkan nyawa ketika berada di jalan raya.

Norijan berkata, pengguna juga perlu memastikan topi keledar yang digunakan mempunyai ciri keselamatan yang diiktiraf, termasuk memeriksa tanda atau label piawaian keselamatan yang biasanya terdapat pada bahagian belakang topi keledar sebelum membuat pembelian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU