ARTIKEL

Iskandar semasa berucap pada majlis penutupan Program Kesedaran Kebersihan Sungai ‘Friends of Rivers’ Batang Kemena yang diadakan di Terminal Penumpang Bintulu pada Jumaat.

Jangan anggap sungai  ‘tong sampah terbesar ‘ – Iskandar Turkee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa sungai adalah tong sampah terbesar, sebaliknya menganggapnya sebagai sumber kehidupan yang wajar dipelihara demi generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, sungai memainkan peranan penting sejak zaman nenek moyang sebagai laluan pengangkutan utama sebelum adanya jalan raya, selain menjadi sumber air dan rezeki.

“Masyarakat Iban misalnya, menggunakan jelatong sebagai tempat menyimpan hasil tangkapan agar kekal segar. Sungai adalah nadi kehidupan, bukannya tempat membuang sampah atau sisa berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis penutupan Program Kesedaran Kebersihan Sungai ‘Friends of Rivers’ Batang Kemena yang diadakan di Terminal Penumpang Bintulu pada Jumaat.

Beliau berkata, tindakan membuang bahan kimia, minyak atau sampah ke dalam sungai hanya akan meningkatkan kos rawatan air, malah boleh menjadikan harga air lebih mahal daripada petrol.

Menurutnya, usaha yang dilaksanakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui program kesedaran ‘Friends of Rivers’ adalah tepat pada masanya dan selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke arah tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

“Kerjasama semua pihak, khususnya ketua masyarakat, ketua kaum dan masyarakat setempat amat penting bagi memastikan sungai terus terpelihara. Saya menyeru agar program sebegini dianjurkan secara berterusan melalui kolaborasi pelbagai pihak,” katanya.

Iskandar turut menyokong pandangan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep bahawa pendidikan kebersihan sungai perlu dimulakan dari peringkat sekolah bagi memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar sejak kecil.

“Generasi muda perlu dididik untuk memahami bahawa memelihara kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama demi kelangsungan habitat dan sumber air kita,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU