ARTIKEL

Jangan hina budaya kaum lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Rakyat di negeri ini dituntut agar terus memelihara perpaduan kaum dengan memahami budaya masyarakat lain dan menolak ekstremisme.

Adun Saribas Mohammad Razi Sitam memberitahu, kerjasama semua kaum untuk memelihara perpaduan rakyat terus ditagih.

“Sikap tolak ansur serta saling bekerjasama merupakan titik penting ke arah memperkukuh perpaduan dalam masyarakat khususnya di Saribas.

“Pada masa sama memahami adat budaya dan kepercayaan antara satu sama lain termasuk menolak ideologi ekstremisme,” katanya.

Beliau bercakap demikian ketika hadir ke perarakan Pesta Juntoi Komuniti Cina bersempena ulang tahun Tua Pek Kong di sini, malam kelmarin.

Jelasnya, perarakan seumpama ini misalnya melibatkan kerjasama semua kaum termasuk masyarakat Melayu dan Iban.

“Saya nampak semua yang terlibat saling bekerjasama untuk memastikan perarakan berjalan lancar. Walaupun kita sedia maklum ia merupakan budaya masyarakat Tiong Hua.

“Perbezaan ditolak demi kemakmuran bersama dan saya mengharapkan hubungan baik yang terjalin terus dapat dikekal serta dipertingkatkan,” ujarnya.

RAKAMAN … Sekitar suasana perarakan Pesta Juntoi Komuniti Cina bersempena ulang tahun Tua Pek Kong di sini, malam kelmarin.

Perarakan malam itu disertai kira-kira 3,000 pengunjung terma suk komuniti Cina dari Kuching, Sibu, Sarikei, Kabong, Roban, Saratok, Pusa, Spaoh, Betong, Engkilili dan Sri Aman.

Ia turut diserikan dengan persembahan tarian naga, karaoke lagu Cina, Melayu dan Iban serta pertunjukan bunga api.

Razi turut menyumbang RM20,000 geran Kerajaan Sarawak.

Hadir sama Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak Nazari Bujang, Temenggung Bahagian Betong Pi’ee Alwi, Kapitan Cina Debak Chua II Jen serta ketua masyarakat dan kaum berbilang kaum.

MERIAH … Sebahagian masyarakat Tiong Hua dari dalam dan luar Saribas yang turut serta pada program tersebut.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU