ARTIKEL

Gambar Hiasan

Jangan jual lot tanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LESEN pendudukan sementara (TOL) merupakan suatu bentuk kebenaran untuk menduduki tanah dalam tempoh sementara.

Lesen yang diberikan tiada kaitan dengan hak milik atau pajakan, serta sah dalam tahun dikeluarkan dan tamat pada tempoh tertentu, manakala pihak berkuasa negeri pula memiliki kuasa untuk menamatkan lesen itu lebih awal.

Justeru, pemegang lesen tidak mempunyai hak untuk memindah milik, mewariskan secara pusaka atau menghadiahkan kepada pihak lain. 

Malah, pemilik TOL juga dilarang menjual kerana penjualannya adalah tidak sah dan tidak laku.

Dalam erti kata lain, pemiliknya hanya boleh memindahkan pemilikan kepada suami isteri atau anakanak dengan membuat pemohonan dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

JTS dapat menukar nama kepada suami atau isteri, anak-anak dan saudara terdekat tetapi tidak dapat ditukar kepada bukan keluarga.

Dalam konteks Sarawak pula, pemberian TOL kepada mereka yang layak merupakan sebahagian usaha kerajaan menerusi pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memaksimumkan pembangunan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan amat prihatin dengan masalah rakyat melalui pengurangan premium tanah sehingga 50 peratus atau bersamaan RM2,500 sahaja.

Hanya Sarawak yang memberi kemudahan seperti ini khususnya dalam mengenakan premium rendah dan boleh dibayar secara ansuran jika tidak mampu membayar secara tunai.

Tidak sekadar itu, Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) juga disediakan dengan lot-lot kediaman yang lebih selesa, terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air serta bekalan elektrik.

Selain itu, dasar baharu iaitu penambahbaikan terhadap spesifikasi dan komponen intrastruktur asas di skim-skim baharu SPS dan SPK turut diperkenalkan demi keselesaan rakyat.

Pada masa yang sama, projek lebih tersusun dengan menggunakan pendekatan baharu seperti penambahbaikan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya yang dahulunya hanya jalan batu (gravel road) kini dinaik taraf kepada jalan tar.

Turut ditambah baik adalah lot-lot yang dahulunya diagihkan tanpa ditimbus, tembok (unfilled) akan ditimbus, tembok (filled) dan sistem perparitan dalam skim yang dahulunya hanya parit tanah (earth drain) telah ditambah baik dengan parit konkrit (concrete drain).

Semua kos tembok, jalan bertar, parit konkrit ini akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak lebih kurang RM100,000 hingga RM 120,000 per lot!

Sebagai inisiatif tambahan, kerajaan turut memperkenalkan Program Pembangunan Rumah Spektra Permata (RSP) yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

 RSP dibangunkan itu mempunyai tiga bilik, ruang tamu dan ruang makan. 

Manakala, Rumah Induk atau INTI memberi ruang boleh diubah suai oleh pemiliknya pada masa akan datang.

Pemilik lot yang layak mendapat RSP akan ditawarkan kemudahan pembiayaan pinjaman dengan kadar faedah yang tidak membebankan pemilik lot terbabit melalui Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd.

Dalam erti kata lain, penerima perlu memanfaatkan kemudahan yang disalurkan dengan  sebaik mungkin dan binalah kediaman ikut kemampuan masingmasing.

 Jangan jual sematamata untuk keuntungan yang singkat kerana masih ramai di luar sana yang memerlukannya.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat