ARTIKEL

Jangan panik jika berlaku kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sikap panik ketika menghadapi situasi kebakaran antara punca kebakaran gagal dicegah pada peringkat awal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata apabila berlakunya kebakaran, tidak perlu panik sebaliknya mencegah punca kebakaran itu segera bagi mengelakkan api merebak.

“Jika panik, kita akan hilang pertimbangan akal dan mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan kebakaran sedangkan kita boleh mencegahnya.

“Sekiranya kebakaran berlaku di rumah, pastikan suis utama ditutup dan gunakan sumber air yang ada bagi memadam api,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Penyerahan Peralatan Kebombaan kepada Komuniti Kampung Selangan Batu, di sini, hari ini.

Khirudin berkata, setiap kebakaran yang berlaku, lima minit pertama sangat penting untuk mangsa itu memberi respon.

Terdahulu, JBPM Sarawak turut mengadakan demostrasi pemadaman kebakaran dan penyerahan peralatan kebombaan kepada komuniti Kampung Selangan Batu.

Sebanyak 34 unit alat pemadam api disumbangkan kepada komuniti sebagai pendedahan awal tentang tanggungjawab komuniti dalam mencegah kebakaran.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong Wui Wui.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan