ARTIKEL

Awang Tengah menerangkan mengenai manifesto GPS dalam Program Sembang Santai Bersama Pemimpin di Kampung Hilir Tatau-Kuala Tatau di sini, hari ini.

Jangan perjudikan keputusan PRK DUN Jepak – Awang Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengingatkan orang ramai agar tidak bertaruh ke atas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak pada 4 November nanti.

Beliau selaku Pengarah Operasi GPS bagi PRK DUN Jepak menegaskan kegiatan itu pasti akan dilakukan oleh ‘bookie’ atau kaki-kaki judi bagi meraih keuntungan.

“Mereka akan bermain dari segi jumlah berapa calon pembangkang dan GPS menang.

“Takkanlah kita mahu masa depan kita dipengaruhi oleh kaki judi…perjuangan kita ialah untuk pembangunan dan masa depan, jadi jangan terpengaruh dengan kaki-kaki judi,” katanya ketika ditemui selepas Program Sembang Santai Bersama Pemimpin di Kampung Hilir Tatau-Kuala Tatau di sini, hari ini.

Awang Tengah turut menegaskan agar pilihan raya tidak dipermainkan untuk perjudian oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi meraih keuntungan wang.

“Ini seolah-olah pilihan raya kita dipermainkan, sedangkan ia adalah untuk menentukan masa depan kita dan ini adalah perkara yang begitu serius,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata hasutan agar orang ramai tidak keluar mengundi juga adalah perbuatan sindiket perjudian terbabit.

“Mereka kata GPS pasti menang, jadi tak payah mengundi….ini perbuatan kaki judi.

“Jangan mudah terpedaya dengan hasutan seperti ini kerana ia adalah untuk menggagalkan kemenangan besar GPS.

“Kalau tidak turun undi, macam mana nak menang,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

Heret Bozz Jebat ke muka pengadilan dengan segera

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Idris Buang menyeru pihak polis agar Bozz Jebat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Tegas

BERITA TERBARU