ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Jangan sampai berhutang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AIDILFITRI yang bakal disambut lebih kurang seminggu lagi pasti dinantinanti kemeriahannya.

Hanya setahun sekali bersua dan inilah masanya ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai.

Begitu juga dengan saudara-mara serta sahabat handai.

Dapat dibayangkan wajah gembira ayah dan ibu apabila anak dan cucu yang jauh atau dekat ada di depan mata.

Begitu juga kesibukan dalam minggu akhir Ramadan ini juga semakin bertambah terutama yang bergelar ibu bapa.

Banyak perkara perlu difikirkan dan disediakan.

Antaranya baju raya dan setidak-tidaknya sepasang mesti ada iaitu baju Melayu atau baju kurung.

Bagi yang ada rezeki lebih, belilah untuk anak-anak. Jika terasa agak berat, beritahulah anak-anak dengan lemah lembut.

Kerana, anak-anak kita ada kawan.

Kalau melihat kawan lain menggunakan baju raya baharu, mungkin mereka akan terasa atau berkecil hati.

Jadi biar kita sebagai ibu bapa menggunakan baju lama, namun usahakan untuk anak-anak.

Saya sebelum ini pernah berjalan-jalan di beberapa pasar raya, harga baju raya agak berpatutan.

Namun, harus diingat, ukur baju di badan sendiri. Jangan sampai berhutang. Jenama atau pilihan baju raya di pasaran sekarang sangat banyak.

Dan, ramai yang memilih untuk membeli secara dalam talian terutama bagi jenama popular Biarpun tidak terdapat statistik khusus mengenai pembelian baju raya dalam talian, namun, data umum menunjukkan peningkatan ketara dalam pembelian pakaian dan kasut secara dalam talian di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan.

Pada 2019, sebanyak 744,000 isi rumah di seluruh negara membeli pakaian dan kasut melalui platform e-dagang.

Peratusan penduduk yang membuat pembelian dalam talian juga meningkat daripada 51.2 peratus pada tahun tersebut kepada 70.6 peratus pada 2023.

Trend ini menunjukkan peningkatan minat terhadap pembelian pakaian secara dalam talian, yang mungkin termasuk baju raya. Anda bagaimana? Kalau tanya saya, saya pilih secara dalam talian.

Salah satu alasannya, pilihan yang pelbagai dan kita boleh cari di pelbagai kedai tanpa lelah.

Orang kata, shopping banyak kedai tapi duduk tempat sama. Kedai dalam talian menawarkan pelbagai jenama, rekaan, dan warna yang mungkin tidak terdapat di kedai fizikal.

Pengguna boleh membeli pakaian dari rumah tanpa perlu bersesak di kedai fizikal, terutama ketika musim perayaan seperti Aidilfitri.

Saya akui juga, harga lebih murah dengan pelbagai tawaran menarik.

Banyak platform e-dagang menawarkan diskaun, baucar, dan promosi yang menjadikan harga lebih berpatutan berbanding di kedai fizikal, yang harganya tetap.

Komentar pembeli

Di platform jual beli dalam talian, kita dapat melihat komentar pembeli lain.

Maksudnya pembeli boleh membaca ulasan dan melihat penilaian pelanggan lain sebelum membuat keputusan.

Ini mengurangkan risiko pembelian yang mengecewakan. Dan adanya perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.

Pembeli tidak perlu keluar rumah atau menghabiskan masa mencari pakaian di pusat belibelah.

Antara alasan lain, polisi pemulangan dan pertukaran.

Banyak platform e-dagang kini menawarkan pemulangan percuma atau mudah, mengurangkan kebimbangan mengenai saiz atau kualiti pakaian. Pun demikian, terpulang dengan pilihan masingmasing.

Berbalik kepada persediaan seminggu sebelum Aidilfitri, selain pakaian, fokus kedua ialah kuihmuih dan juadah raya.

Dalam tinjauan di media sosial, trendnya sama seperti pembelian pakaian. T

rend pembelian kek sempena Aidilfitri menunjukkan peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kek lapis terutamanya semakin popular.

Di Sarawak, kek lapis bukan sahaja menjadi ikon budaya tetapi juga produk yang diminati ramai.

Pengusaha kek lapis di negeri ini telah memanfaatkan platform perniagaan dalam talian untuk meningkatkan jualan, memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari seluruh negara.

Alasannya mudah, cuma tunjuk!

Dalam pada itu, jangan ikut orang lain, kerana jika ada kemampuan dan kebolehan buatlah sendiri. Mungkin lebih menjimatkan, atau kita lebih berpuas hati.

Aspek kebersihan pun kita tidak raguragu.

Apa-apa pun jua persiapan lain, semoga dipermudahkan semuanya.

Sang ayah, jangan lupa tunaikan zakat fitrah.

Ia kewajipan bagi setiap Muslim yang mampu, sebagai tanda penyucian diri dan membantu golongan yang memerlukan.

Dengan kadar RM7.50 yang kita keluarkan dapat membantu golongan asnaf menyambut Aidilfitri dengan lebih gembira.

Dan minggu depan, mungkin minggu terakhir persekolahan sebelum cuti raya, ibu bapa pastikan anak-anak hadir ke sekolah seperti biasa dan tidak ponteng.

Jangan kerana semangat hendak beraya, anak-anak dibiarkan tidak bersekolah. 

Ibadah

Ambillah ruang masa yang ada untuk kita memperhebatkan ibadah dan amalan dalam harihari terakhir Ramadan.

Sepuluh hari terakhir Ramadan ialah waktu yang sangat istimewa kerana di dalamnya terdapat lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Ayuh kita memperbanyakkan ibadah dan qiamullail seperti solat tahajud, solat sunat di tengah malam untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Solat taubat, memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan.

Solat hajat, berdoa agar hajat dunia dan akhirat dimakbulkan.

Mencari lailatul qadar dengan beribadah lebih tekun pada malam-malam ganjil (21, 23, 25, 27, dan 29 Ramadan).

Berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah – Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampuni, maka ampunilah aku).

Selain itu, memperbanyakkan membaca al-Quran dan memahami maknanya.

Sentiasa mengingati Allah dengan zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar dan beristighfar, memohon ampun kepada Allah.

Dalam masa sama bersedekah membantu orang lain dan pelbagai lagi. Semoga kita dapat manfaatkan waktu ini dengan sebaik-baiknya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan