PELAKON, NAIM DANIEL menegaskan bahawa penampilan berjubah bukan “lesen” untuk menutup kejahilan diri dan mengaburi sifat sebenar.
“Mengikut pendapat peribadi saya, tiga perkara yang paling cepat menarik perhatian ialah agama, air mata dan harta.
“Apabila orang salah gunakan imej berjubah untuk mengaburi mata orang yang memandang dan perbuatan salah mereka.
Saya rasa perkara itu sangat tidak adil,” luahnya di platform X.
Naim tidak setuju perbuatan mencemar imej murni (berjubah) dan menjadi penunggang agama.



