ARTIKEL

Jangan sembunyikan diri anda, 97 lokasi dikunjungi individu positif dan mohon tampil membuat saringan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 97 lokasi yang kebanyakannya terdiri daripada premis perniagaan di sini dikunjungi pesakit positif Covid-19 sepanjang 1 Januari hingga 12 Januari lalu seperti yang didedahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Rentetan itu, ia menimbulkan kegelisahan pemilik premis yang bimbang operasi perniagaan mereka akan terjejas.
Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh mendedahkan perkara ini apabila beliau turut menerima pelbagai respons serta maklum balas dalam kalangan pemilik premis.
“Semalam saya menerima panggilan daripada pemilik sebuah pasar raya di sini yang bertanya apa yang harus mereka lakukan sekarang?
“Beliau memaklumkan bahawa pasarayanya telah disenaraikan antara lokasi yang dikunjungi oleh individu positif.
“Saya menasihati mereka apa yang harus dilakukan ialah menjalani kerja sanitasi di premisnya dan semua pekerjanya harus menjalani ujian saringan Swab dengan segera,” katanya di sini sebentar tadi.
Ting berkata, langkah itu mesti dibuat seperti kebiasaannya untuk mengembalikan keyakinan masyarakat.
“Saya rasa ada kebaikan JPBN mendedahkan senarai lokasi untuk memberi amaran kepada pemilik premis tentang bahaya dan tanpa pendedahan itu mereka sendiri juga boleh dijangkiti kerana tidak tahu bahawa premis mereka dikunjungi pesakit tersebut,” tegas beliau.
Menurut Ting lagi, sepanjang sepuluh bulan yang lalu beliau sering menekankan pentingnya prosedur operasi standard (SOP) di semua premis namun masih banyak yang tidak menganggapnya serius.
Beliau juga menjelaskan bahawa ramai yang beranggapan MPS tidak ketat sebelum ini ketika melakukan pemantauan sebelum ini kerana banyak kedai yang tidak mempunyai SOP yang betul.
“Saya selalu menjawab mereka, adakah anda pergi ke kedai itu?
“Saya selalu meminta orang ramai, tidak kira ia adalah kedai kegemaran mereka, tanpa SOP elakkan tempat-tempat yang terlalu sesak. Anda hanya akan membahayakan kesihatan sendiri.
“Saya menasihati anda, jika anda ingin membuka kedai anda semasa PKPB, pastikan SOP dipatuhi dengan ketat. Pastikan semua pelanggan anda memakai pelitup muka, menyediakan cecair pensanitasi tangan dan mengamalkan penjarakan sosial,” ujarnya sambil berkata, SOP mudah sahaja untuk dipatuhi dan ia tidak susah.

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi