“Jangan takut bos” undang kekecohan Dun

KUCHING: Perkataan “jangan takut kepada bos di Kerajaan Pusat (Persekutuan)” oleh Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Julahi Narawai tidak disenangi oleh Adun Ba’kelalan, Baru Bian yang juga Menteri Kerja Raya.

Julaihi ketika menjawab soalan daripada Yussibnosh Balo (GPS-Tellian) pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dun Ke-18 di sini semalam berkata, Sarawak mempunyai wakil di Parlimen yang menjaga kemudahan infrastruktur (Menteri Kerja Raya) sepatutnya berusaha mendapatkan lebih banyak peruntukan.

“Jangan takut kepada bos di Kerajaan Pusat (Persekutuan) kerana Sarawak memerlukan lebih banyak peruntukan untuk melaksanakan pembinaan jalan raya dan pelbagai projek lain ekoran geografinya yang luas,” kata Julahi.

Bagaimanapun, Baru bangun dan meminta perkataan “takut kepada bos” ditarik balik kerana disifatkan olehnya berniat jahat.

Suara Sarawak