ARTIKEL

SNOWDAN serta tetamu lain bergambar kenangan di hadapan hadiah utama e-Peraduan pada Majlis Prapelancaran Program SKS 2026 Bahagian Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. | Foto: UKAS

SKS 2026 Sri Aman sasar lebih 100,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sri Aman dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kepada masyarakat setempat.

Majlis prapelancaran program itu disempurnakan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan.

Sejurus pembukaan, orang ramai mula membanjiri tapak penganjuran bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan disediakan, selain menyertai e-Peraduan untuk merebut sebuah kereta Perodua Bezza 1.0.

SNOWDAN ketika meninjau sambutan masyarakat terhadap penganjuran Program SKS 2026 Bahagian Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. | Foto: UKAS

Lebih 100,000 pengunjung disasarkan menghadiri program yang berlangsung selama tiga hari itu.

Seperti penganjuran di bahagian lain, Sarawak Pavilion menjadi antara tarikan utama dengan menyediakan 170 kaunter perkhidmatan daripada 52 agensi kerajaan.

Snowdan turut meluangkan masa mengunjungi reruai agensi kerajaan, berinteraksi dengan pegawai serta meninjau pelbagai perkhidmatan ditawarkan kepada pengunjung.

Selain kereta Perodua Bezza berwarna hitam sebagai hadiah utama e-Peraduan, pengunjung turut berpeluang memenangi dua motosikal dan pelbagai hadiah barangan kemas.

Dalam pada itu, SKS kali ini turut mengetengahkan keunikan produk tempatan Sri Aman, termasuk produk berasaskan ikan bulu serta pelbagai hasil kraf tangan yang diusahakan masyarakat setempat.

Pelbagai pengisian turut disediakan sepanjang program, antaranya aktiviti Jalan Perpaduan yang menampilkan pemakaian busana tradisional, sukaneka, e-sukan serta persembahan kebudayaan dan Konsert Rakyat yang menampilkan artis jemputan.

Snowdan turut menyertai aktiviti simbolik memasak bubur pedas bersama-sama MAKSAK Wanita Sarawak, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan serta mengangkat makanan tradisional sebagai sebahagian daripada warisan masyarakat Sarawak.

Secara keseluruhannya, penganjuran SKS 2026 Bahagian Sri Aman menjadi platform menghimpunkan masyarakat, agensi kerajaan, usahawan tempatan serta penggiat seni dan budaya menerusi pelbagai aktiviti dan perkhidmatan dalam suasana mesra komuniti.

Orang ramai dialu-alukan hadir memeriahkan program berkenaan serta mengambil peluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menyempurnakan majlis perasmian SKS 2026 Bahagian Sri Aman pada kira-kira 10 pagi esok.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The