Trending

Jangan tanggalkan tag tangan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan individu dalam siasatan (PUI) kes Covid-19 yang menggunakan gelang tangan pengesanan supaya tidak menanggalkannya serta mematuhi arahan ditetapkan terutama berkaitan proses kuarantin.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menegaskan penggunaan ‘tag tangan’ itu amat penting kerana ia adalah satu daripada kaedah untuk mengawal penularan Covid-19.

“Menanggalkannya sebelum tamat tempoh kuarantin adalah satu kesalahan di bawah akta kawalan wabak ini dan boleh dihukum.

Harapan kita adalah mereka yang dikehendaki memakai tag ini dapat menggunakannya sehingga tamat tempoh penggunaan” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya, hari ini selepas menyedari dirinya dicari kerana melanggar arahan kuarantin di rumah.

Lelaki berusia 27 tahun berasal dari Sibu itu merupakan penyelia tapak di Kuala Lumpur dan tiba di Sibu pada 17 Mei lalu.

Dia telah dikuarantin di sebuah hotel di Sibu, kemudian diarah dikuarantin di rumah sehingga 30 Mei ini.

Dia kemudian menanggalkan tag tangan yang dipakainya untuk keluar makan mi di sebuah kedai kopi di Sibu Jaya, malah berkongsi gambar makanannya di dalam Facebook.

Namun tindakannya itu mendapat perhatian orang ramai dan turut dikesan polis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru