ARTIKEL

Jangan tinggalkan dapur ketika memasak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Penduduk di Rumah Panjang Lepong Gerang, Sungai Sayat Engkilili dinasihatkan agar tidak meninggalkan masakan di dapur tanpa pengawasan.

Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan menyatakan, dia mengingatkan suri rumah tidak meninggalkan masakan tanpa pengawasan kerana ia boleh menyebabkan kebakaran.

“Rumah panjang itu terbakar berpunca daripada satu bilik kerana mereka memasak tanpa pengawasan,” jelasnya.

Tambahnya, mereka menyerahkan wang tunai RM20,000 semasa lawatan Pemuda PRS dan Wanita PRS ke Rumah Lepong Gerang di Sungai Sayat, Engkelili pada 17 Julai lalu.

Jelasnya, ia merupakan bantuan kecil bagi meringankan beban mangsa kebakaran di sini.

Dalam kejadian baru-baru ini, Tuai Rumah Lepong berjaya mengambil empat unit alat pemadam api lalu menyemburkannya ke bahagian lantai.

“Ditambah dengan angin bertiup, api menyambar dengan cepat dan rumah panjang kami dijilat api dalam masa singkat,” katanya lagi.

Tambah Tuai Rumah Lepong, keadaan ketika kebakaran bertambah buruk apabila sumber air ke paip disekat.

“Ketika pasukan bomba datang, hampir tidak ada dapat diselamatkan kecuali alatan konkrik seperti dinding dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan media.

Kebakaran berlaku di rumah panjang tersebut melibatkan 26 pintu dan 137 mangsa.

Mangsa kebakaran tersebut ditempatkan di St John Chapel dan sesetengah daripada mangsa tinggal bersama-sama saudara berdekatan.

Turut menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran kakitangan Kementerian Kebajikan, Bahagian Sri Aman.

Turut hadir Ketua Wanita PRS Datuk Seri Doris Brodie dan anggota PRS.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU