ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Matsukarmi merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam Program Randau Aspirasi bersama Komuniti Balingian, malam tadi.

JAPEN hargai kerjasama komuniti Balingian sebar maklumat kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kerjasama erat komuniti Balingian dalam membantu Jabatan Penerangan (JAPEN) melaksanakan pelbagai program mendekati masyarakat terus dihargai sebagai rakan penting dalam memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan.

Pegawai Penerangan Daerah Kecil Balingian, Matsukarmi Suani berkata, hubungan baik antara JAPEN dengan masyarakat setempat membolehkan penyampaian maklumat dilaksanakan secara lebih berkesan menerusi pendekatan komunikasi dua hala.

“Kerjasama yang terjalin turut memudahkan JAPEN memahami keperluan serta isu yang dihadapi masyarakat.

RAKAM KENANGAN… Matsukarmi merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam Program Randau Aspirasi bersama Komuniti Balingian, malam tadi.

“Ini juga membantu dalam memastikan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan dengan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Randau Aspirasi bersama Komuniti Balingian di Kingwood Hotel, di sini, malam tadi.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan taklimat berkaitan belanjawan, dasar-dasar kerajaan serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak.

Maklumat berkaitan PRU Sarawak turut disampaikan kepada peserta menerusi pengedaran risalah bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai proses pilihan raya.

Program berkenaan juga menjadi platform kepada JAPEN untuk mendapatkan maklum balas komuniti berkaitan isu serta perkara yang menjadi perhatian penduduk setempat.

Sehubungan itu, Matsukarmi turut menzahirkan penghargaan kepada masyarakat Balingian atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelbagai inisiatif JAPEN selama ini.

Beliau turut menghargai peranan media sebagai rakan strategik yang menjadi nadi dalam membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dengan komuniti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU