ARTIKEL

Johnny Pang terus dekati persatuan, organisasi setempat di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Memahami keperluan serta aspirasi pelbagai organisasi dan persatuan setempat menjadi antara pendekatan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, dalam memastikan pembangunan komuniti setempat terus diberi perhatian.

Pendekatan itu dizahirkan menerusi pertemuan bersama wakil beberapa pihak berkenaan pada Rabu bagi membincangkan perancangan aktiviti, hala tuju organisasi serta keperluan dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk masyarakat.

Pertemuan berkenaan turut membuka ruang kepada wakil organisasi mengemukakan pandangan dan cadangan secara langsung, selain membolehkan beliau mendapatkan gambaran lebih dekat berkaitan usaha serta sumbangan setiap pertubuhan dalam pembangunan sosial masyarakat Bintulu.

Johnny Pang menerima kunjungan wakil Lembaga Pengurusan Sekolah Chung Hua Tatau.

Antara organisasi yang hadir ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Persatuan Hokkien Bintulu, Lembaga Pengurusan Sekolah Chung Hua Tatau, Persekutuan Golf Methodist Bintulu, Kelab Kembara dan Rekreasi Bintulu, Kumpulan Warga Emas Persatuan Foochow Bintulu serta Persatuan Bola Keranjang Bintulu.

Antara perkara yang dibincangkan ialah penganjuran Festival Pendidikan Belia oleh UPM Kampus Bintulu yang dijadual berlangsung pada 5 Disember ini di kawasan pantai Tanjong Batu.

Festival yang terbuka kepada orang ramai itu bakal menampilkan beberapa aktiviti termasuk Plogging, iaitu aktiviti berjoging sambil mengutip sampah, pertandingan hiasan glamping serta pertandingan hiasan motosikal.

Penganjuran program itu bertujuan menggabungkan elemen pendidikan, sukan dan kecergasan, selain meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan gaya hidup sihat, pemeliharaan alam sekitar serta tanggungjawab sosial terhadap komuniti.

Johnny Pang berkata, beliau menghargai usaha dan komitmen pertubuhan serta persatuan yang terus aktif menganjurkan pelbagai program dalam bidang pendidikan, sukan, kebudayaan dan kebajikan masyarakat.

Menurutnya, pelibatan organisasi berkenaan bukan sahaja menyediakan platform kepada masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang untuk menyertai aktiviti sosial, malah turut menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan serta perpaduan komuniti.

Beliau berkata, organisasi dan persatuan memainkan peranan penting dalam pembangunan setempat kerana selain menjaga kebajikan ahli, organisasi berkenaan turut menyumbang kepada usaha membangunkan potensi golongan muda, melahirkan bakat baharu serta memelihara warisan dan kebudayaan.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak golongan muda dapat dilibatkan dalam aktiviti persatuan dan program kemasyarakatan bagi memastikan kesinambungan kepimpinan, kegiatan sosial serta khidmat kepada masyarakat dapat diteruskan kepada generasi akan datang.

BERITA LAIN

Pesakit berpotensi berhubung dengan doktor menerusi AI

MIRI: Pesakit di Sarawak berpotensi mendapatkan khidmat doktor di Shanghai tanpa perlu bertemu secara fizikal menerusi sistem perundingan maya yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI)

BERITA TERBARU

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Miri

MIRI: Seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di simpang Jalan Bulatan di

Pesakit berpotensi berhubung dengan doktor menerusi AI

MIRI: Pesakit di Sarawak berpotensi mendapatkan khidmat doktor di Shanghai tanpa perlu bertemu secara fizikal menerusi sistem perundingan maya yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI)