ARTIKEL

MAUT… Mangsa maut dalam kemalangan di simpang Jalan Bulatan di sini, malam Rabu.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di simpang Jalan Bulatan di sini, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan motosikal mangsa dengan sebuah pacuan empat roda yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai memasuki simpang Jalan Bulatan sebelum terlanggar motosikal yang bergerak lurus dari arah bertentangan.

“Ketika kejadian, motosikal mangsa sedang bergerak dari arah Taman Bulatan menuju ke Bulatan GK sebelum berlaku perlanggaran dengan kenderaan terbabit.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 8.12 malam,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farhan berkata, pemandu pacuan empat roda terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizal Moktar di talian 012-818 6509 atau 085-430479, selain hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Farhan turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada, mengamalkan pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian yang boleh meragut nyawa.

BERITA LAIN

Masyarakat Dayak tidak terpengaruh Buku Biru PBDS

PADAWAN: Masyarakat Dayak diingatkan agar tidak terpengaruh dengan Buku Biru Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) berkaitan pengurusan dan pengiktirafan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR). Timbalan

Pesakit berpotensi berhubung dengan doktor menerusi AI

MIRI: Pesakit di Sarawak berpotensi mendapatkan khidmat doktor di Shanghai tanpa perlu bertemu secara fizikal menerusi sistem perundingan maya yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI)

BERITA TERBARU