ARTIKEL

Jarak ke sekolah semakin dekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Ampat boleh menarik nafas lega apabila projek jalan dari Kampung Abang hingga ke sekolah tersebut siap dibina kelak.  Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr. Jerip Susil berkata, terdapat satu lagi projek jalan yang akan dibina di kawasan tersebut melibatkan perhubungan jalan utama hingga ke SK Pangkalan Ampat.

“Projek ini juga termasuk dengan menaik taraf jambatan yang sedia ada kepada jambatan besi. Justeru, ia akan menelan belanja lebih daripada RM280,000,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek RTP Bina Baharu Jalan Pertanian dari Kampung Annah Abang ke Kampung Biya Jaber di pekarangan SK Pangkalan Ampat, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, beliau menghargai usaha JKR yang akan melaksanakan projek tersebut.

“Oleh kerana JKR bersetuju membina jambatan besi maka jalan dari jalan utama sampai ke sini (SK Pangkalan Ampat) akan dilaksanakan dengan kos tersebut.  “Maknanya, perhubungan daripada jalan utama sehingga Kampung Jaber akan disiapkan,” ujarnya.

Adun Mambong itu berkata, guru yang mengajar di SK Pangkalan Ampat nanti tidak perlu berjalan kaki dengan jarak jauh lagi.

“Pembinaan jalan dan jambatan itu nanti akan memudahkan guru  dan penduduk di sini. Selain itu, ia juga memudahkan orang kampung pergi dan sampai ke bandar untuk berniaga hasil tani mereka,” jelasnya lagi.

Beliau memaklumkan bahawa, lokasi untuk pembinaan jambatan besi juga diuruskan oleh JKR.  “Ia akan dibina di kawasan yang sama, tetapi tapak yang berbeza dan dengan laluan yang lebih baik.

“Dan, kita akan mula membina jambatan besi tersebut selepas tapak baharu itu dipersetujui,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU