ARTIKEL

Jarak penglihatan terjejas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Jumlah titik panas yang dikesan di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan meningkat lebih 50 peratus dalam tempoh sehari kepada 518, susulan peningkatan kejadian kebakaran hutan dan tanah.

Kementerian Kehutanan Indonesia memaklumkan Kalimantan Barat merekodkan jumlah tertinggi iaitu 259 titik panas, diikuti Kalimantan Tengah 242 dan Kalimantan Selatan 17.

Angka terbaharu yang direkodkan setakat 7 pagi waktu tempatan pada Khamis meningkat daripada 336 sehari sebelumnya, apabila Kalimantan Tengah mencatatkan 188 titik panas, Kalimantan Barat 117 dan Kalimantan Selatan 31.

Kementerian itu berkata walaupun data agensi cuaca negara menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan di Indonesia kekal pada tahap baik (hijau) dan sederhana (biru), titik merah kini dikesan di Kalimantan Tengah.

“Keadaan itu menunjukkan kualiti udara sangat tidak sihat, manakala kawasan sekitar di Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan masih dikategorikan dalam zon kuning atau tidak sihat,” menurut kementerian itu dalam hantaran terbaharu di media sosial.-Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di