KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing sebagai satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.
Katanya, mendiang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.
“Salam takziah buat seluruh keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
“Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila.
“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini,” katanya.
Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.05 pagi tadi di Hospital Pakar Normah, di sini akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.




