Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri Pertahanan Malaysia ketika pengganas komunis aktif di sempadan negara.

Memetik cacatan di Facebook, Hasanuddin berkata pada 1978, Tun Taib dibantu oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mokhtar Hashim dan Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan, Datuk Abdul Jalal Abu Bakar (ketika itu).
Mantan Ahli Parlimen Hulu Langat itu berkata, Allahyarham Tun Taib juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 1980.

“Ini belum mengambil kira jawatan dalam Perkim dan sebagainya.
“Sesungguhnya jasa tokoh ini kepada negara di peringkat Persekutuan sangat signifikan dan tidak terhad di negeri (Sarawak) sahaja,” katanya.

