ARTIKEL

Jasad warga emas ditemui dalam rumah berkunci

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jasad seorang lelaki warga emas ditemui di kediamannya di Lorong Kempas 6A1, Kempas Heights, di sini, semalam, dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Mayat mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 60-an ditemui sekitar jam 1.03 petang selepas jiran terdekat mengesan bau busuk dari rumah berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, PBK II Pandi Seh, berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis bagi mendapatkan bantuan membuka pintu rumah yang berkunci dari dalam.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pagar dan pintu utama. Pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki warga emas telah meninggal dunia di dalam rumah tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Pandi berkata, maklumat awal mendapati mangsa tinggal bersendirian dan tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, termasuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, katanya lagi.

“Kes kini dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Bantuan… Pasukan bomba berusaha membuka pintu rumah mangsa yang berkunci dari dalam, sebelum menemui jasad lelaki warga emas terbabit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU