ARTIKEL

Jawatankuasa bantu pekebun kecil buah-buahan di Sarawak akan dibentuk – Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah jawatankuasa penyelaras  antara Jabatan Pertanian dan Persatuan Pekebun Buah-buahan Malaysia (MFFA) akan diwujudkan tidak lama lagi bagi membantu pekebun kecil buah-buahan di Sarawak berkembang serta memajukan kebun mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Ketua Menteri  Datuk Amar Douglas Uggah yang akan mempengerusikan jawatankuasa tersebut berkata setakat ini terdapat kira-kira 250,000 pekebun kecil di negeri ini.

“Kami mahu mereka menceburi pertanian moden dan komersial daripada hanya mengeluarkan hasil tani secara tradisional untuk keperluan sendiri. Kita sekarang memberi tumpuan kepada penanaman nanas, pisang, kelapa, jagung, manggis, rambutan, durian tempatan malah buah dabai.

“Ke arah ini, kami merancang untuk mewujudkan lebih banyak syarikat induk, pusat pungutan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) di negeri ini supaya kami dapat membeli hasil daripada mereka di samping meningkatkan ilmu perladangan moden pekebun kecil ini,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan delegasi MFFA yang diketuai oleh presidennya, Hong Jok Hon di sini hari ini.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak  percaya ahli MFFA yang mempunyai hubungan pemasaran yang erat dengan pasaran besar seperti China, Singapura dan Taiwan dapat berkongsi pengalaman, pengetahuan serta kepakaran teknikal mereka yang luas.

“Sektor pertanian negeri ini kini memberi tumpuan kepada usaha menjadikan Sarawak sebagai pengeluar makanan dan produk makanan menjelang 2030. Ketika ini, kami telah mengenal pasti kira-kira 2 juta hektar tanah di seluruh negeri untuk pembangunan pertanian moden.

“Kami akan jalankan kajian bagi mengenal pasti jenis tanah dan tanaman yang paling sesuai untuk jenis tanah itu. Kami sememangnya mengalu-alukan penglibatan persatuan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha