ARTIKEL

Safiee membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan DUN Sarawak di Kuching, hari ini. | Foto: UKAS

JBALB diminta teliti segera kelewatan projek naik taraf bekalan air di Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isu bekalan air bersih di Daro masih berlarutan walaupun beberapa projek naik taraf bekalan air telah siap atau sedang dilaksanakan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Menurutnya, terdapat projek yang terbengkalai walaupun ia merupakan komponen penting bagi menyelesaikan tekanan air rendah.

“Projek tangki aras tinggi berkapasiti dua liter per hari (MLD) hanya tinggal satu peratus untuk disiapkan, tetapi saya dimaklumkan bahawa tiada kontraktor yang berminat.

“Jadi, saya memohon agar Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) mengkaji dan meneliti segera, termasuk menilai semula baki peruntukan yang mungkin tidak mencukupi bagi menyiapkan projek ini sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Berhubung keperluan bagi jalan raya berkembar (dual carriageway), katanya, ia dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas apabila Jambatan Muara Lassa dibuka kelak.

Sehubungan itu, Safiee memohon agar Kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada daerah Daro bagi pembangunan perumahan kerajaan baharu pada 2025.

“Ini kerana kakitangan kerajaan di daerah tersebut mendiami kuarters kerajaan dalam keadaan daif,” jelasnya.

Safiee turut mencadangkan agar kerajaan membina sebuah terminal pengangkutan awam atau terminal bas bersepadu dengan kemudahan tempat letak kereta bertingkat di kawasannya.

Jelasnya, terminal pengangkutan awam ini penting supaya pengurusan sistem pengangkutan awam lebih teratur, selesa dan selamat, khususnya kepada penumpang dan pengusaha kenderaan awam.

Selain itu, beliau turut mencadang dan memohon agar kerajaan mempertimbangkan penambahan perkhidmatan feri atau meningkatkan kapasiti perkhidmatan feri di Batang Paloh.

Ini dapat melancarkan perjalanan dari Jambatan Muara Lassa dan Jambatan Batang Rajang yang dijangka dibuka pada awal tahun hadapan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi