KABONG: Usaha membantu penduduk terjejas bekalan air di Kabong diteruskan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dengan cara menghantar air menggunakan lori tangki.
Pihak JBALB turut mengambil inisiatif mewujudkan beberapa pili air awam di Simpang Nyabor bagi memudahkan penduduk di kawasan sekitar mendapatkan air bersih secara percuma.
Penghulu Kamaluddin Ramli yang dihubungi memberitahu, pihak JBALB mewujudkan pili air awam di Simpang Nyabor sebagai antara usaha memberi kemudahan kepada penduduk sekitar yang terjejas bekalan air bersih.
Penghulu Rahman turut memaklumkan usaha mengagihkan air minuman botol (air mineral) akan diagihkan kepada penduduk di kawasan yang terjejas teruk dalam masa terdekat.
Sehubungan dengan itu, penduduk yang ditemui berharap pihak JBALB dan pihak yang berkenaan akan terus mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi penduduk Kabong ketika ini.




